Bagaimana Cara
Mendapatkan
Pelepasan Cukai
dengan Simpan
SSPN?

Pengenalan

 
Selaras dengan penjenamaan PTPTN, nama produk simpanan SSPN kini telah ditukar kepada Simpan SSPN Prime (dahulu dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus). Kedua-dua produk ini menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum hingga RM8,000.00 bagi simpanan bersih tahun semasa di dalam Simpan SSPN. Melalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000.00 di bawah insuran nyawa dan KWSP
Image

Kenaikan Insentif Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan

01

PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI

Ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Simpan SSPN dinaikkan daripada RM6,000.00 kepada RM8,000.00 setahun mulai tahun 2019
02

SIAPA YANG LAYAK?

Ibu bapa kandung / ibu bapa angkat / ibu bapa tiri yang membuka akaun atau menambah simpanan Simpan SSPN untuk anak (penerima manfaat)
03

SIMPANAN BERSIH

Pelepasan ini dikira berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa. Contoh : Jumlah simpanan 2019 tolak jumlah pengeluaran sepanjang 2019
04

KATEGORI KELAYAKAN

Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,000.00 SEORANG setahun Taksiran Bersama: Pelepasan

Contoh Pengiraan Cukai Individu

Image
Image

Contoh Pengiraan Cukai Berasingan

Hanif dan isterinya Damia membuka akaun Simpan SSPN untuk anak mereka, Amirul yang berusia 14 tahun dalam tahun 2016. Hanif dan Damia memilih taksiran berasingan. Berikut merupakan kedudukan akaun Simpan SSPN Amirul dalam tahun 2017
Image
Image
Image

SOALAN LAZIM

Apakah syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime?

Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

  1.   Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
  2. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
  3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
  4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
  5. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  6. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
  7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Simpan SSPN Prime

Tahniah anda telah berjayamembukamenabungdengan SSPNi

Image
Untuk Semakan  Akaun SSPN Prime
Sila Lengkapkan Maklumat Berikut
Drag and drop files here or Browse

Semakan Akaun SSPN Prime

Image
Untuk semakan segera no akaun, mohon untuk hantarkan resit bayaran ke alamat email mohd_syazwan@ptptn.gov.my

Atau ambil gambar resit dan hantar melalui whastapp ditalian       
https://resitsspni.wasap.my

KOD EKSEKUTIF PTPTN000003355

mohd_syazwan@ptptn.gov.my
Eksekutif Pemasaran
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
MOHD SYAZWAN BIN MOHAMAD
EKSEKUTIF PEMASARAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
ID EJEN 000003355
Image
Image
Image